Search This Blog

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah. 
Alhamdulillah Allah s.w.t memberi keizinannya untuk hamba yang daif ini menulis lagi. 
Sedar tak sedar kita dah berada di tahun baru 1432H.

Begitu cepat masa berlalu...................
Bertambah lagi umur kita...... 
Bagaimana Pula Amalan Kita Untuk Mencari Keredhaan Allah s.w.t ????
Adakah masih ditakuk lama,
Ataukah semakin berkurangan...., (Waliyauzubillah)
Ataukah  kita sentiasa dalam pandangan dan pimpinan Allah.......

Oleh itu,
Dengan kedatangan tahun baru ini sama-samalah kita tanamkan azam
Untuk buat perubahan,
Pada diri, pada anak-anak, pada keluarga, pada rakan taulan,
pada saudara seagama, pada sekelian muslimin dan muslimat.

Perubahan ke arah positif.
Dari yang kurang baik menjadi lebih baik,
Dari banyak sifat leka kepada sifat yang lebih peka.
Dari banyak buat alasan jadikan banyak buat kajian,
Dari banyak sifat malas tukarkan kepada rajin beribadah,
Dari banyak menyanyi dan menari ke arah banyak berzikir dan berfikir, 
Dari banyak sifat mazmumah, buangkan, tanamkan sifat mahmudah..

Sukar, memang sukar...
Tiada yang mudah, jika tidak dengan izin Nya
Justeru itu,
Bulatkan Tekad, Kukuhkan iltizam, Banyakkan Doa,
Agar Allah membantu
Mempermudahkan  pencarian perubahan diri
ke arah Jalan Nya.....

Semoga perjalanan hidup kita sentiasa dalam pimpinan  Rabbul Jalil,
Kerna
Umur kita tidak ketentuan.
Apakah kita akan dapat mengharungi tahun 1432H hingga ke tahun hijrah seterusnya...........

Ikhlaskan Niat, Ikhlaskan Amalan Kerana Allah s.w.t  semata-mata.

1 comment: