Search This Blog

Friday, November 26, 2010

Musim Berkhatan Bermula

Assalamualaikum. Cuti sekolah telah bermula. Seperti biasa pesta berkhatan banyak dilakukan dimana2. Ialah acara kemuncak bagi budak lelaki untuk memasukki zaman bujang.

Al-Tarmizi  meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasullullah s.a.w bersabda "Empat perkara dari sunnahku iaitu Khatan, berwangi-wangi, siwak dan Nikah.
Kita selesaikan cerita bab Khatan dulu bulan Nov ni, baru masuk bab nikah pulak pada bulan Dis nanti.Hehehe

Amin pun tak lepas dari pengalaman  berkhatan. Dia mula nak berkhatan sebab dia nak saing bersunat dgn abg Akmal dan abg Hakim. Bila dia tahu Hakim  dan Akmal nak sunat cuti sekolah ni dia pun setuju. Jadi abinya pun daftarkan sunat di klinik. Kebanyakan klinik dah penuh awal cuti ( termasuk klinik bapa Myra), jadi yg dapat paling awal tarikh  klinik Dr Hussein iaitu pd 23 Nov jam 5.00pm. Disamping tu Amin dah minta hadiah kereta "Flash and Dash-Ben Ten". Abinya setuju nak belikan.

Sehari sebelum sunat, fikiran Amin dah berbelah bahagi. Katanya "Kalau tak sunat boleh tak", " Amin bukannya berani sangat, Amin tak jadila nak sunat", "Sunat sakit tak". Terpaksala umi dan abinya memujuk. Yg geramnya abg-abgnya tak bagi support yg positif, menakutkan je!.
Tapi Alhamdulillah Amin mahu juga akhirnya.

Pada hari sunat, paginya umi jahitkan kain pelekat persediaan untuk Amin. Ptg selepas Asar semua ahli keluarga gi klinik bagi support untuk Amin termasuk Aziah, Pakcik Samsul dan Makcik Bibah.(Pakcik Samsul dah belikan kereta remote control 2 hari sebelum ni utk Amin. Jadi Amin cakap pd abinya tak payah beli kereta lg, nanti amin fikirkan apa yg Amin nak.. Sampai skrg tak sebut lg ape dia nak...Masih pikir lg kot). 2 kereta gi klinik Dr Hussien. Meriah betul. Sampai pekerja klinik tanya,01..anak berapa orang. Gang2 lain dtg dengan emak dan ayahnya shj. Amin calon kedua. Yg pertama masuk, budak darjah lima. Masuk bilik Dr., Amin dan abinya shj. Tak nangis pun bila diinjek  Sebelum tu sebab rase gemuruh, Amin nak kencing dan berak sekali di klinik tu.  Keluar dari bilik Dr,  Amin senyum je.

Inilah gambar Amin selepas sunat.
Tengah main kereta remote control.










Yang bagusnya, Amin boleh tanya macam mana nak sembahyang. Dia sembahyang duduk walaupun tak ngadap kiblat, jemaah sama abinya.

Amin cepat boring sebab tak boleh bergerak aktif. Dia dah mintak nak main basikal, Dia dah berlari sama kakak2nya, dan dah terjun dari meja. Mulut Uminya saja yg bising, jangan lasak2.






Esoknya umi buatkan pulut kuning, tanda kesyukuran Amin selamat berkhatan.

Semoga Amin menjadi anak yang soleh, yg dapat meninggikan syiar Islam dalam kehidupan. Amiin.